Monday, August 15, 2011

ramadhan 2011

im very glad to say that this year is my first full ramadhan at home after 9 years. :')

since umur 13 tahun, aku berpuasa di perantauan. ceh tak da la perantauan mana kan tapi yang pastinya bukan di negeri sendiri la.
5tahun berpuasa di MRSM PASIR SALAK.
setahun kemudian berpuasa lebih jauh lagi, Kolej Matrikulasi Kedah.
dan kemudiannya lebih amat jauh lagi, di Universiti Malaysia Sarawak.
Setiap tempat tu ada menu2 tersendiri yang pasti menjadi kerinduan tiap kali ramadhan. tidak lupa juga beberapa peristiwa yang terpahat di ingatan.

Dulu masa kat MRSM, setiap homeroom akan menghantar wakil untuk membeli makanan di bazar ramadhan bagi pihak lelaki dan perempuan. mana nak muat bus kan kalau satu sekola nak ikot. so lets we call wakil itu sbagai si pembeli. sungguh tidak adil ya kerana si lelaki mewakili kaum mereka yang sedikit. manakala si perempuan yang pelantak terulung mewakili rakan2 perempuan yang ramai serta mempunya nafsu makan tanpa batasan. jadi kasihan la si pembeli apabila kena membawa banyak makanan dengan keadaan bus yang sempit amat.

masih segar dalam ingatan apabila satu hari aku menjadi wakil pembeli dan air jagung yang dikirim sahabat2 sejati telah tumpah mencurah2 ke ladang gandum baju mrsm kaler putih itu ouhhh tidak. redha melihat air tumpah kerana ketika itu tangan penuh dengan makanan. kalaulah boleh sangkut kat gigi mungkin amat melegakan sekali ketika itu.

and masih juga ingat lagi sewaktu ingin berbuka. suara lunak pelajar lelaki mrsm pasir salak pon melaungkan azan. ketika ini seluruh pelusuk mrsm pasir salak berwajah gembira menerpa ke arah makanan. dan ketika itulah sang burung gagak melepaskan najis nya ke atas pinggan berbuka aku.lalu aku pon menitiskan air mata. tahi di atas nasi berbuka ku macam mana aku nak makan wahai gagak? dugaan.

Kemudian, di matrik kedah. life was so great di matrik kedah apabila hidup ditemani rakan yang sekepala dan gembira sentiasa. petang2 kami akan ke bazar untuk membeli makanan dan kemudian berbuka di bilik aku beramai2. bazar changlunn weyy!10 orang berbuka bersama dan kemudian ke terawih sama-sama. tak ada apa kot kenangan pahit masa tu kerana semuanya manis2 berlaka bersama mereka yang manis2.

Di sarawak. secara jujurnya, kehidupan di sarawak tidaklah seperti semudah yang disangka. kat sarawak tidak ada bazar semeriah di semenanjung dan menu nya adalah tidak sama sekali. makanan pula xpasti kehalalan nya. jadi harus sentiasa berwaspada.kadang2 rasa pelik tapi kita harus juga sesuaikan diri dengan keadaan tempat kan. amat susahla nak mencari bazar2 besar dan meriah kat sarawak ni. nak cari roti john, murtabak, rangka ayam memang tak dapat lah kan. duduk di sarawak telah membuatkan aku menjadi manusia yang amat redha dengan apa yang ada dan tidak menjadi demand sekali.

bila balik rumah kalini mak macam pelik dan risau deria rasa aku telah hilang apabila aku hanya berbuka dengan nasi semata2 tanpa kuih dan makanan tambahan lain. kos da terimmune kot berpuasa di sarawak sebegitu.


this puasa is much2 better than before as dapat berbuka puasa dengan keluarga and makan masakan enak emak. kepada semua, tingkatkan amal ibadah di bulan puasa ini berbanding tahun2 sebelumnya ok. semoga mendapat keberkatan insyaAllah. selamat berpuasa ya semua!

sangat frust tak dapat berbuka puasa dengan dia kat hotel hari tu. its all because of my bad perancangan. next tyme maybe?pls forgive me!

No comments: