hye handsome.
bajet laki je la bace blog kau?
okayh. hye pretty girl.
this is a long long entry, kalau xsuka boleh tido. nanti boleh bangun buat solat tahajjud.
kepada yang tak paham-paham and tak tahu lagi.
aku adalah seorang pelajar UNIMAS
b : eh afiqa, u belajar kat mana sekarang?
c : UNIMAS je. (kenapa mesti ada je ni*hem!) u plak?
b : Oh i UM je. ambil pon medik je.(*memang minx lempang laju2)
ouh u UNIMAS ea?oh i tahu i tahu ada cousin i belajar kat sana dulu.
so hows life sana?best kan laut die lawa. banyak mutiara kan sana?
then makanan laut kat SABAH murah2 kan wah mesti u selalu
makan seafood kan. patut la muka u da macam ketam . hehe.
c :err. confident nye u ni. UNIMAS kat sarawak lah. ouh btw,
i xboleh makan ketam langsung dari dulu sebab i
allergik ketam. entah dari side mana tah u boleh nampak muka
i macam ketam ni.
b: err. eh mak i dah call. i pegi dulu ya. see u when i see u.
*dialog adalah realiti yang dah diubahsuai.
sebenarnya aku dah rasa penat dengan orang yang paham UNIMAS tu kat SABAH bai kebanyakkan orang2 semenanjung. mulai hari ini sila set mind anda ok. UNIMAS: UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK terletak di SARAWAK. kalau kau orang tanya aku macam kat atas ni lagi aku langgar korang pakai kereta volkswagen beetle impian aku.
masa mula-mula aku datang unimas. aku di sambut oleh kakak dan abang LIAISON OFFICER ataupon lebih gembira dikenali sebagai LO. masa masuk dalam kolej, kakak-kakak ni pon cakap la guna bahasa sarawak.
kitak mbak sia benda tok. ada student sik dapat gik barang2 ya.
masa tu aku rasa macam 'err ni baca jampi apa ni? *tapi aku cakap dalam hati je la.
aku tahu bahasa sarawak lain tapi ni sampai aku macam xdapat tangkap langsung ni betul ke aku kat sarawak ni ke kat jerman?
then tiba masa orentasi, aku asyik kena serangan sakit perut bertubi tubi. so muka aku yang garang ni turn out lebih garang lagi and aku tak de mood sangat nak cakap dengan orang. then ada lah budak sarawak bisik kat kawan sarawak die lagi seorang.
kitak perasan sik orang depan tok LAWA gilak.
i was like. err. apa?lawa? apa? booleh bisik kuat lagi x? waa.haha. orang sarawak suka berterus terang and memuji. rasa bahagia seperti kera mendapat bunga sebab ada orang sampai berbisik bisik nak kata aku ni lawa. mungkin aku kelihatan lawa sebab muka lebih berkerut kerana kesakitan kot. alala. comelnye korang ni. suka lah duduk kat sarawak ni. so aku pon dengan ragu ragu senyum-senyum je kat diorang dua. lepastu diorang pon berbisik lagi macam jampi2 tapi kalini xdengar. frust betol.
*lepas tahu maksud sebenar ayat di atas, aku rasa aku lah loser terulung di malaysia .
then seminggu kemudian. aku macam dah terlupa lah pasal orang cakap aku lawa tu.
kali ni.masa tu kat kafe aku terdengar mak cik kafe yang tengah masak tu borak sambil pegang parang.
kenak kitak tok asyik polah kmk tetak jak. stop stop. sik larat kmk mok tetak gik*lebih kurang macam ni la.
aku macam. err. kenapa nak tetak-tetak orang ni? err cuak plak aku. aku pon teros blah la dari kawasan tu takut aku lak kena tetak. sia sia je aku hidup 19 tahun end up kena tetak kat sarawak.
lepas sebulan tu.
kawan masa minggu orentasi yang se gang dengan aku, menegur aku bila nampak aku lalu depan dia.
weh kau. lawaanye. tiap kali nampak aku xpernah nak tegor.
aku macam ehh kenapa cakap aku lawa depan semua orang ni malu lah aku. hehe tapi kenapa pulak aku lawa kerana aku tak pernah tegor kau. terasa sesuatu yang tak indah disitu. lepastu budak tadi tu repeat balik ayat die sebab die ingat aku xdengar.
oi oi budak sombong,sombong nye tiap kali nampak aku xpernah tegor pon.
*maybe u should read back the dialog above untuk lebih memahami situasi.
okayh semua. pengajaran daripada cerita ini. tolong jangan cepat perasan tanpa selidik dulu.
perkataan lawa dalam bahasa sarawak ialah sombong ye. walaupon anda lawa sama sekali tetapi di sarawak anda akan teros jadi tak lawa. haha.
err. then aku borak lah dengan dia. and aku pon tanya la dia pasal bahasa sarawak ni termasuklah perkataan tetak yang bermaksud KETAWA. hah tu lah malu bertanya sesat jalan. hambik kau.
kitak perasan sik orang depan tok LAWA gilak
(awk peasan tak orang depan ni sombong gila)
kenak kitak tok asyik polah kmk tetak jak. stop stop. sik larat kmk mok tetak gik
(kenapa awak asyik buat saya gelak je. stop stop. tak larat saya nak ketawa lagi)
noob. loser. always.
tingkatkan ibadah di 10 malam terakhir ya rakan-rakan :)
No comments:
Post a Comment