Monday, February 7, 2011

KENAPA ADA DARAH SEWAKTU MEMBERUS GIGI?

Ok hari ini kita akan belajar pasal gigi. Cube bukak sikit mulut, kak gigi nak cek gigi anda ni.ha tu tuuu ape tu ade cili merah terselit?cepat bersihkan cepat.



ops bukan sengaja nak bahan orang yang ada gigi rabbit eh.ni saje letak gambar ni nak tunjuk gusi berdarah.tak payah terasa tak pasal-pasal.


Okay okay, sikalang aku nak cerita sikit lah kan ape yang aku tahu pasal gusi berdarah ni. Dulu gigi aku selalu berdarah mase berus pagi2. Dah la bangun pagi selalu lewat so buat semua benda nak cepat and nak kejar masa. Dahtu gigi time-time macam ni la nak berdarah pulak. Xbagi kerjasama langsung.Dahtu lagi,time ini juga la terlajak berus gigi ter kena gusi and daging pipi maka kemudian adelah ulser pule.tambahlah darah lagi.haish.ade saje yang jeles kalau diri ini nak cepat.selepas rawatan susulan di klinik gigi kini tiada lagi masalah gusi berdarah ini lagi.


Watak utama penyebab kepada gusi berdarah ialah plak dan karang gigi(dunia sains memanggil karang gigi sebagai calculus). Bile kite makan-makan for sure lah tak semua makanan tu kite telan kan, pasti akan ade yang tertinggal di celah-celah gigi. So, sejenis benda kecil yang jahat bernama bakteria di dalam mulut akan bertindak ke atas makanan yang terselit melit dan tertinggal itu ,lalu menghasilkan lapisan berwarna putih kekuningan. Lapisan putih kekuningan ini melekat pada permukaan gigi dan inilah yang dipanggil plak gigi. Dan bila plak gigi tersebut menjadi keras, maka itu dipanggil karang gigi.ok dah fahamkan dua watak antagonis di persekitaran gigi kita sekarang?bagus ye anda semua ni bijak sangatlah.ehem


Sang plak n sang calculus(karang gigi)


Karang gigi ini melekat di permukaan gigi,di atas betul-betul garisan gusi yang dapat dilihat dengan jelas jika diperhatikan elok-elok. Lebih kejam lagi dia juga ada yang gedik mahu bersembunyi di sebalik gusi. Dalam karang gigi ini juga terdapat sekumpulan bakteria gangster yang menyebabkan kekuatan cengkaman antara tulang gigi dan gigi akhirnya berkurang lalu menyebabkan radang gusi. Apabila radang gusi terkena mekanisma(geseran berus gigi) , so gusi pon akan merajuk dan berdarah.Keadaan ini dipanggil gingvitis, dan ini merupakan tamadun awal kerosakan gusi. So sekarang plak dan karang gigi dah menang 1-0. Manusia memang lemah sebab kalah dengan karang n plak gigi.


Kalau perkara ini dibiarkan berterusan, anda mungkin kehilangan gigi anda selama-lamanya.kerana apabile karang gigi ini semakin bertambah so tulang rahang semakin berkurang dan tidak kuat dan akhirnya gigi akan tanggal.stage ini dipanggil periodontal.tulang rahang inilah yang mencengkam gigi kuat-kuat.tapi bila plak dan karang gigi muncul , rosaklah tulang rahang.tulang rahang akhirnya kalah dan selamat tinggal gigi.lepasni gigi palsu lah nampaknya.kena lah beli gam gigi palsu yang macam dalam iklan tu kan.tak cool langsung.



Ha ini lah ape yang dipanggil periodontal

Kalau setakat plak gigi tu kalau kita berus betul2 boleh hilang.tapi jika kite juga degil nak memberos gigi elok-elok so plak itu pon akan turut degil dan bertukar menjadi karang.tapi jangan pule berus gigi macam style berus baju nanti gigi akan tanggal lagi cepat ade lah.bile dah ade karang gigi kita hanya boleh melakukan scaling untuk menghilangkannya.agak menyilukan tapi lepas buat rawatan rase macam ringan je mulut. Selesa gitu! Kalau nak cantik, harusslah berkorban sikit. Tak sakit pon lah !


Pertandingan mari mencungki mencangkul plak sudah bermula.ini lah yang deberi name scaling.

so sebelum tidur jangan lupa berus gigi ye!nanti gigi jd cantek mcm awek ni.entah siapa.sory curik gambar ye cik kiah.


aku ade gaya macam doktor gigi x (>_-)